~ A138364 ~ SPORT IN MY LIFE ~ TEKNOLOGI PENDIDIKAN ~

Tuesday 4 December 2012

alatan teknologi



Alatan teknologi

1.      Reebok memperkenalkan koleksi EasyTone bagi wanita menghasilkan lebih 28 peratus pengaktifan otot berbanding kasut latihan biasa. Selain itu, koleksi berkenaan memberi gaya hebat ia juga dapat menghasilkan keseimbangan pada kasut dalam setiap langkah. Teknologi yang ditemui oleh seorang bekas jurutera NASA, Bill McInnis.


 


2.      POWER BALANCE yang merupakan hologram dan juga getah yang dicampur serbuk titanium yang mengandungi frekuensi semulajadi dari alam yang dapat bereaksi secara positif dengan pusat energi tubuh. POWER BALANCE kini banyak digunakan oleh para atlit antarabangsa mahupun orang awam, kerana:


-Ia dapat membantu keseimbangan tubuh
-Membantu koordinasi dan kelenturan tubuh
-Menambahkan kekuatan dan ketahanan tubuh secara menyeluruh.





3.      JENAMA kelengkapan perlindungan sukan terkemuka, la pointique atau LP Support (LP) yang semakin popular di kalangan ahli sukan amatur dan profesional baru-baru ini melancarkan barisan terbaru produk dari siri X-tremus.

Dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi, pendakap X-tremus memenuhi keperluan setiap atlet dengan perlindungan dan daya prestasi ke tahap maksimum.
Pendakap atau pelapik sukan terbaru LP itu adalah keperluan setiap atlet khususnya bagi mereka yang terlibat di dalam sukan-sukan pantas seperti bola tampar, bola keranjang, bola sepak dan sukan beraket.
Berbeza dengan barisan produk LP yang sedia ada, siri lebih eksklusif ini dipertingkatkan dengan jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel.
Kehebatan X-tremus datang dari binaan kompleks yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih tahan dan kemas.
Produk siri teratas keluaran jenama antarabangsa itu kini boleh didapati untuk kegunaan pada empat lipatan utama iaitu pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali.
Selain cengkaman yang dipertingkatkan melalui jahitan 3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap dan melepaskan semula tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan. Kelebihan yang memberikan atlet lebih prestasi.
Bagi pendakap lutut X-tremus, pelapik berbentuk donut bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kecederaan bahkan menstabilkan kedudukan tempurung lutut. Ia merupakan konsep rawatan yang diperlukan oleh semua atlet.
Rekaan 3D pada pendakap buku lali pula diberi perlindungan silikon yang menghasilkan fungsi urutan sepanjang masa. Selain itu, jahitan berkualiti pada permukaan memberi lebih kekemasan otot, sekali gus mengemaskan setiap pergerakan.
Penggunaan bahan seperti neoprene, coolprene yang tidak memerangkap peluh manakala teknologi Coolmax berupaya menyelesaikan masalah pemerangkapan haba.
Secara umumnya, pemakaian X-tremus membantu meningkatkan beberapa kapasiti atlet seperti melompat lebih tinggi, bergerak lebih laju dan mendapatkan postur lebih stabil.






4.      Alat ini dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu mahupun atlet sukan


5.      Kesemua kerusi roda dan basikal khas ini dibina secara custom made untuk setiap atlit bagi memastikan keselesaan maksimum. Ianya juga menggunakan teknologi termutakhir dan setanding dengan teknologi yang digunakan atlit normal. Syabas kepada atlit paralimpik yang masih mahu bersukan walaupun kurang upaya!




6.      Teknologi ini diletakkan diantara tumit dan mata kaki yang mana ia tidak mengganggu pemain ketika beraksi. Penggunaan teknologi ini mampu mengatasi kelicikan pihak lawan ketika beraksi. Selain itu, alat kecil ini juga dapat mengesan diving atau kelicikan pemain pihak lawan ketika bermain. ini akan menjadikan pemain yang memakai alat kecil ini akan mengetahui setiap gerak geri pihak lawan.



7.      Kelebihan dive com yang dipakai seperti jam tangan itu adalah keupayaan melakukan pengiraan nyah-mampat (decompression) secara automatik menggantikan pengiraan cara manual menggunakan jadual selam. (dive table). Secara umumnya, status nyah-mampat semasa menyelam dipengaruhi oleh dua faktor iaitu kedalaman dan tempoh selaman yang dilakukan. Ringkasnya pula, semakin dalam seseorang itu menyelam maka semakin singkatlah waktu selaman.



8.      Kasut bola sepak ini mampu mengesan keletihan dan ketidakselesaan yang terjadi pada otot-otot kaki. Ini kerana terdapat chip kecil yang dilekatkan di dalan kasut bola sepak berkenana. Teknologi chip kecil ini mampu mengesan frekuansi dan gerakkan otot kaki pemain. Teknologi ini juga akan memberi signal ataupun tindak balas sekiranya terdapat perbezaan frekuansi dan pergerakkan dari otot yang normal. Kelebihan yang terdapat pada teknologi ini ai dapat mengurangkan kecederaan yang dialamai oleh seseorang atlit bola sepak.




9.    Teknologi yang di gunakan untuk menghasilkan bola sepak yang digunakan sepanjang kejohanan euro 2012.




10. Teknologi dalam pembuatan basikal untuk pengayuh berkayuh dengan laju dan selesa.


No comments:

Post a Comment