assalamualaikum....
Sistem pengurusan pembelajaran (LMS)
Apakah sistem pengurusan pembelajaran?(what)
Sistem pengurusan pembelajaran ialah sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Sistem ini juga sebagai sistem pentadbiran,pendokumentasian,pemantauan dan laporan untuk sesebuah program latihan ,kelas pembelajaran dan program e-learning.
Sispem pengurusan pembelajaran yang sedang dilaksanakan merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU.Pada tahun 2004,MAMPU telah merintis Learning Management System(LMS) di bawah inisiatif open source software(OSS).
Kenapa sistem pengurusan pembelajaran?(why)
Sistem pengurusam pembelajaran ini dijalankan kerana untuk memudahkan para pengajar untuk menyampaikan pembelajaran secara tepat dan efisien kepada siswa.Portal online yang dapat digunakan sebagai media pembelajaran berbasic web.Sistem pengurusan pembelajaran ini dibangunkan juga kerana untuk membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT).
Bilakah mulanya perkembangan sistem pengurusan pembelajaran?(when)
Perkembangan internet telah bermula sejak 60-an hingga sekarang,di mana pada awalnya hanya digunakan sebagai medium komunikasi bagi tujuan penyelidikan.Kerajaan Amerika Syarikat dalam 80-an telah memainkan peranan yang penting dalam pembagunan internet..Pembelajaran yang lebih menjurus kepada alam siber,membantu pelajar dan guru untuk lebih mudah mencari maklumat dan berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dimanakah sistem pengurusan pembelajaran ini dijalankan?(where)
Kaedah e-pembelajaran semakin popular di peringkat universiti.Kesemua institusi pedidikan tinggi awam dan institusi pengajian swasta telah disambungkan dengan kemudahan internet dan di antaranya 3 buah universiti atau kolej di Malaysia telah menyampaikan semua atau sebahagian kursus melalui online.
Di Malaysia e-pembelajarn semakin memainkan peranan dalam sistem pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi.Universiti Malaya menjadi pelopor universiti tempatan di Malaysia yang mula menggunakan sistem pengurusan pembelajarandalam kursus online.Selain itu,kebanyakkan universiti tempatan dan universiti swasta banyak melibatkan diri mengajar pembelajaran melalui teknologi maklumat.
Bagaimanakah sistem pengurusan pembelajaran ini berfungsi?(how)
Sistem pengurusan pembelajaran ini merupakan suatu implementasi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) bagi meningkatkan tahap pembelajaran.E-pembelajaran boleh dilihat melalui dua sudut iaitu rangka kerja aplikasi sistem pengurusan pembelajaran(LMS) dan sistem pengurusan bahan pembelajaran(LCMS).LMS berdasarkan web merupakan asas kepada e-pembelajaran,bertindak sebagai penentu arah bagi sesuatu proses pembelajaran.Pembagunan LMS ini berdasarkan model waterfall oleh W.W Royce.LMS ini dibangunkan bagi meningkatkan aktiviti pembelajaran sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment